Sunday, June 2, 2013

PALESTIN - Proses MengIbranikan Palestin

Ketua Bidang Sejarah dan Falsafah di Univesiti Terbuka Palestin yang juga pakar dalah sejarah bangsa Palestin moden, Prof. Mustafa Kabha, menegaskan bahawa perpanjangan nakbah Palestin masih terus berlanjut.
Dia menjelaskan bahawa penjajah Zionis mulai melakukan penamaan tempat-tempat sesuai petunjuk-petunjuk ideologi, sebahagiannya adalah agama, sebahagiannya kebangsaan dan sebahagiannya mengaitkan tanah Palestin dengan sejarah sesuai dengan dongeng sejarah Zionis.
Dia menjelaskan bahawa riwayat sejarah peninggalan Palestin mengalami kemunduran kerana tanah Palestin dikuasai penjajah Zionis. Dia menegaskan bahawa penamaan dengan menggunakan bahasa Ibrani mulai bertambah untuk menghapus petunjuk-petunjuk Palestin.
Kabha berpendapat bahawa salah satu langkah untuk  menghadapi penamaan dengan Ibrani ini mesti dilakukan dengan penyedaran. Dimulai melalui sarana pendidikan alternatif dan  mesti dilakukan kerja saat ini juga , apakah melalui pertemuan-pertemuan generasi terdahulu yang sudah berusia lanjut  yang masih hafal nama-nama ini dalam memori mereka, atau dengan jalan melakukan kajian-kajian dan studi.
Telah terungkap adanya komisi Zionis yang bekerja untuk meng-Ibrani-kan tempat-tempat dan merubah nama-namanya menjadi nama Ibrani. (Infopalestina/KH)

No comments: