Saturday, June 22, 2013

Qardhawi Pertahan Mursi, Kritik Hizbullah

Syeikh Yusuf Qaradhawi menolak tuntutan Damsyik ke PBB terhadapnya kerana telah menyerukan Jihad ke Syria. Syeikh mengatakan itu adalah haknya setelah dirinya menyaksikan pembunuhan, pemerkosaan meluas yang mensasarkan kalangan Sunni di Syria. Selain itu Syeikh juga menganggap seruan untuk menggulingkan Presiden Mesir Muhammad Mursi pada tanggal 30 Jun depan adalah “Haram”, dan menyatakan bahawa Mursi adalah Pemimpin yang Muslim dan bertanya-tanya” apakah Mursi seorang fasik dan Penzina?”

Al-Qaradhawi dalam khutbah Jumaat di ibukota Qatar, Doha, menyampaikan bahawa dia berdiri sejak awal bersama rakyat Syria sebagaimana berdiri bersama negara-negara Arab. Dia menambahkan,”Perbezaan besar antara tentera rejim dan tentera pembangkang adalah tentera  pembangkang hanya memiliki senjata ringan, dan terkadang mereka kekurangan amunisi sedangkan mereka terpaksa menghadapi tentera Rezim yang memiliki pesawat tempur dan roket dari Rusia dan Iran, yang mereka juga mengirim tentera, wang, dan Senjata dan terakhir mereka mengirim “Hizbullah”.

Kemudian Syeikh mengkritik keras Hizbullah dengan mengatakan bahwa Hizbullah,” tidak ada hubungan dengan Allah, dan Ia adalah Hizbut Thogut dan Hizbusyaitan,” kemudian menambahkan,”mereka tidak menganggap rakyat Syria sebagai saudara, dan mereka bukanlah pengikut Allah melainkan pengikut Husein. Mereka tidak berseru: “wahai Allah” namun “wahai Husein”. Namun Husein dahulu menentang kezaliman sedangkan kalian bersama kezaliman maka Husein telah berlepas diri dari kalian.”

Setelah menjelaskan permasalahan Syria di khutbah keduanya Syeikh Al-Qaradhawi menyinggung situasi Mesir khususnya isu penggulingan pada tanggal 30 Jun akan datang, Syeikh mengatakan , Presiden Mursi telah dipilih secara legal melalui pilihanraya, dan dia adalah orang yang selalu berpuasa, bangun malam dan Takut akan Allah….dan ia dari awal pemerintahannya bekerja  dengan sebaik perkhidmatan.’

Syeikh memperingatkan akan masuknya beberapa pendukung Rejim Mubarak dalam rancangan ini, Syeikh mengatakan,”tidak diperbolehkan bagi siapapun untuk mendukung rancangan penggulingan ini .”

Pada akhir khutbahnya Al-Qaradhawi mengatakan ,”ini (Mursi) adalah pemimpin kita dan kita mesti mentaatinya, tidak boleh menentangnya dan menuntut perubahan sebelum masa kepemimpinannya berakhir, dan saya mengatakan HARAM atas kalian menyerukan kepada semua orang untuk ikut dalam “fitnah” ini dan untuk ikut dalam rencana penggulingan Muhammad Mursi.” (hr/CNN)

sumber

No comments: