Thursday, June 20, 2013

QATAR - Taliban Buka Pejabat di Doha


Isu utama penyelesaian politik, pendudukan asing di Afghanistan

Washington: Amerika Syarikat dan Taliban melahirkan harapan untuk mengadakan satu rundingan damai di Afghanistan dengan komitmen untuk bertemu minggu ini selepas 12 tahun pertumpahan darah yang menelan perbelanjaan besar, antara tentera diketuai Amerika Syarikat dan pemisah.

Taliban kelmarin membuka sebuah pejabat di Doha, ibu negara Qatar bagi membantu meneruskan usaha menyambung semula rundingan dan berkata pihaknya mahukan satu penyelesaian politik dan menamatkan pendudukan asing di Afghanistan. 
Pegawai Amerika Syarikat berkata rundingan akan bermula di Doha pada esok tetapi berhati-hati dengan proses damai yang tidak menentu itu dan mungkin tercemar serta tidak menjamin kejayaan. 


“Ia akan menjadi satu proses yang panjang dan sukar namun kemajuannya adalah penting kepada semua,” kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat.

Kerajaan Presiden Hamid Karzai berkata pihaknyamenghantar satu kumpulan di Doha dan seorang pegawai kanan berkata Taliban bersedia untuk mempertimbangkan rundingan. Tetapi pemisah tidak membuat sebarang komen mengenai dakwaan itu.

Boneka Barat

Matlamat utama rundingan diplomatik ini adalah untuk mendapatkan wakil bagi kerajaan Afghanistan dan Taliban ke arah rundingan terus bagi masa depan negara. Taliban bagaimanapun enggan mengadakan rundingan seperti itu dan menyifatkan Karzai serta kerajaan beliau sebagai boneka kepada Barat. 
Bagaimanapun, pengumuman diplomatik memberi isyarat pertama keyakinan dalam usaha damai Afghanistan sejak beberapa bulan dan berlaku ketika usaha perang yang dipimpin Amerika Syarikat mencapai peringkat kritikal.

Arahan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Kabul kelmarin melengkapkan penyerahan kepada pasukan keselamatan Afghanistan di seluruh negara berkenaan.

NATO merancang menamatkan semua operasi pertempuran di Afghanistan pada Disember 2014.

Presiden Barack Obama berkata operasi pertempuran Amerika Syarikat tidak akan dihentikan dan tetap akan diteruskan.

Empat tentera Amerika Syarikat terbunuh dalam satu serangan di Pangkalan Tentera Udara Bagram di Afghanistan, kata seorang pegawai Amerika Syarikat kelmarin. - REUTERS

sumber

No comments: