Thursday, June 6, 2013

SAUDI Bebaskan Penghina Nabi Muhammad

Langkah pemerintah Arab Saudi yang membebaskan seorang penulis penghina Nabi Muhammad Saw mencetuskan kontroversi keras di negara itu.
Seperti dilaporkan Asrar News, seiring dengan terus dilakukannya penangkapan terhadap para aktivis politik di Saudi, pemimpin negara itu  membebaskan Turki Al Hamad, penulis yang menistakan kesucian Nabi Muhammad Saw setelah ditahan selama lima bulan.
Berita pembebasan Al Hamad spontan membangkitkan kemarahan banyak kalangan di Saudi. Penulis Saudi itu ditangkap kerana terbukti menghina Islam dan Nabi Muhammad Saw.
Tulisan Al Hamad banyak menimbulkan kontroversi kerana berisi kata-kata mencaci dan menghina Tuhan dan Islam. Sekalipun demikian rejim Al Saud yang mendakwa diri sebagai Khadimul Haramain membebaskannya dan setelah berada di penjara hanya selama lima bulan. (RoL/HK)

No comments: