Sunday, June 2, 2013

SYRIA - Tokoh Hizbullah Kritik penglibatan Hizbullah

Mantan Setiausaha Agung Hizbullah Sheikh Sobhi Tfaili mengkritik penglibatan Hizbullah dalam konflik Syria, mengatakan mereka yang terbunuh di Syria akan “pergi ke neraka” dan tidak dianggap syuhada.
Selama wawancara televisyen minggu ini, Tfaili “menegaskan” bahawa memang benar Hizbullah yang berperang bersama rejim di Syria.
“Anggota Hizbullah yang membunuh anak-anak, menzalimi orang-orang dan menghancurkan rumah-rumah di Syria tidak akan menjadi syuhada dan akan berakhir di neraka,” katanya.
“Para Syiah di Syria tidak perlu siapa pun untuk membela mereka. Kami adalah orang-orang yang menyebabkan mereka alami kesulitan. Makam Sayyidah Zainab tidak memerlukankan perlindungan kerana dia juga dicintai oleh  Sunni, “katanya, mengacu pada laporan bahawa pejuang Syiah dikerahkan di sekitar makam untuk mempertahankannya.
Dia menambahkan bahawa para pejuang Hizbullah di Syria hanya hadir untuk “mempertahankan rejim dan jenayahnya.” (Arby/Lr)

No comments: