Wednesday, June 5, 2013

Tiada Negara Mahu Rohingya

Bangkok: Thailand gagal mencari mana-mana negara yang sedia menerima kira-kira 2,000 pelarian Rohingya dari Myanmar yang ditahan beberapa bulan lalu. 

“Tiada negara ketiga mahu ambil mereka,” kata jurucakap Kementerian Luar, Manasvi Srisodapol. 
“Negara ketiga bimbang sekiranya menerima satu kumpulan, berpuluh-puluh atau beribu-ribu yang lain akan menyusul.” 


Kebanyakan mereka yang ingin mendapatkan perlindungan suaka ditahan di pusat tahanan yang penuh sesak di Thailand selama beberapa bulan, memaksa kumpulan hak asasi mendesak pembebasan mereka. 

Manasvi berkata, kerajaan menyedari mengenai keadaan penuh sesak di pusat terbabit. 

“Agensi kerajaan Thailand sekarang membincangkan cara dan penyele-saian untuk memperbaiki keadaan mereka,” katanya. 

Destinasi pilihan 

Sejak ketegangan antara penganut Islam dan Buddha tercetus setahun lalu di Rakhine, barat Myanmar, beribu-ribu penduduk Islam Rohingya menaiki bot termasuk wanita dan kanak-kanak menyertai yang lain untuk keluar dari negeri yang pernah diperintah junta itu. 

Mereka yang tiba di negara jiran Thailand ‘dibantu’ tentera laut Thailand ke Malaysia, destinasi pilihan mereka atau ditahan sebagai pendatang asing. 

Thailand pada awalnya berkata, mereka dibenarkan tinggal selama enam bulan sementara kerajaan bekerjasama dengan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) untuk cuba mencari negara yang sedia menerima mereka. - AFP

sumber

No comments: