Thursday, June 6, 2013

TURKI - Bantahan Diteruskan


  • Foto
    Penunjuk perasaan berarak di tengah Ankara menggesa kerajaan memecat ketua polis Istanbul dan Ankara berikutan tindakan keras anggota keselamatan ke atas mereka semalam.
  • Foto
    Penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis pencegah rusuhan di Dataran Taksim di Istanbul semalam.
25 ditahan, penggodam ceroboh sistem komputer kerajaan

Ankara: Berpuluh ribu rakyat Turki termasuk doktor, guru dan kakitangan bank kembali ke ibu negara itu semalam untuk menunjuk perasaan bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan walaupun kerajaan sudah memohon maaf berikutan tindakan keras anggota keselamatan.

Pada masa sama media utama Turki dikritik kerana tidak menyiarkan liputan kekejaman polis di satu lokasi Jumaat lalu ketika bantahan merebak ke seluruh negara memasuki hari kelima. 
Kebanyakan mereka memilih media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian itu yang kini mendapat sokongan kesatuan sekerja negara itu. 


Edar maklumat palsu 

Polis menahan 25 orang kerana menyebarkan maklumat palsu di media sosial dan cuba membuat provokasi bantahan.

Agensi berita Anadolu berkata mereka yang ditahan di bandaraya Izmir didakwa menghasut orang ramai dengan permusuhan dan kebencian. 

“Polis sedang berusaha untuk memburu 13 suspek lain kerana cuba menghasut orang ramai,” lapor Anadolu. 
Penggodam pula mendakwa semalam bahawa mereka berjaya menceroboh sistem komputer kerajaan Turki dan memperoleh maklumat sulit mengenai kakitangan di pejabat Perdana Menteri Tayyip Erdogan bagi menyokong bantahan antikerajaan sejak beberapa hari lalu.

Satu sumber pejabat Erdogan mengesahkan bahawa akaun e-mel kakitangannya digodam tetapi mereka yang terjejas sudah diputuskan daripada rangkaian terbabit.

Aktivis yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous Turkey dalam satu kenyataan disiarkan melalui Twitter berkata mereka tidak menyiarkan sebarang nombor telefon dan hanya akan berkongsi kata laluan e-mel dikaitkan dengan akaun tanpa maklumat khusus.

Erdogan tolak bantahan

Erdogan yang menolak bantahan dianjurkan segelintir kumpulan pelampau merujuk media sosial sebagai “ancaman paling buruk kepada masyarakat.”

Penunjuk perasaan juga dilaporkan bertempur dengan polis di seluruh Turki sepanjang malam walaupun permohonan maaf berikutan keganasan polis daripada timbalan perdana menteri bertujuan untuk mengurangkan bantahan menentang Perdana Menteri Erdogan.

Akhbar prokerajaan cuba menunjukkan kelembutan Ankara selaras dengan ketiadaan Erdogan yang mengadakan lawatan ke Afrika pada malam Isnin selepas rusuhan hujung minggu yang dicetuskan oleh rasa tidak puas hati penunjuk perasaan. - REUTERS/AP

sumber

No comments: