Thursday, July 25, 2013

Bantuan NGO MALAYSIA ke Gaza Terbantut

Kuala Lumpur: Projek dirancang badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia di Semenanjung Gaza dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke negara itu terbantut selepas kerajaan Mesir menutup pintu masuk di sempadan Rafah mulai 1 Julai lalu. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Malaysia, Awang Suffian Awang Piut, berkata berikutan itu beberapa program yang dirancang pihaknya pada Ramadan ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. 
Katanya, sepanjang Ramadan ini permintaan untuk bekalan makanan bagi penduduk Semenanjung Gaza meningkat dan mereka terpaksa menggunakan bekalan sedia ada kerana kesukaran untuk membawa masuk bantuan dari luar. 


“Buat sementara waktu ini kami terpaksa menangguhkan dulu penghantaran bantuan kemanusiaan ekoran penutupan pintu sempadan di Mesir. Bagaimanapun, kami masih lagi menyalurkan bantuan kewangan ke sana. 

“Walaupun Mesir mempertingkatkan kawalannya di pintu masuk Palestin, namun, kami akan terus berusaha dan akan cuba untuk memasuki Gaza bulan ini bagi menghantar bantuan kemanusiaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

“Malah, penutupan pintu masuk ke Palestin juga menyebabkan beberapa projek pembangunan dirancang di Semenanjung Gaza seperti pembinaan jalan raya, hospital, kediaman dan bangunan tergendala,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Krisis politik yang melanda Mesir baru-baru ini menyaksikan Presiden, Mohammed Morsi yang dipilih rakyat digulingkan tentera dan negara itu kini ditadbir oleh kerajaan sementara. 
Awang Suffian berkata, rakyat Palestin hanya boleh mendapat bekalan makanan dan barangan keperluan yang dibawa masuk melalui Israel, namun harganya lebih mahal. 

Katanya, penutupan pintu sempadan juga mengakibatkan 14 imam Palestin yang kini berada di negara ini tidak dapat pulang ke negara mereka. sumber

No comments: