Thursday, July 11, 2013

Benci Mursi Sampai Begitu Sekali

Bekas sahabat FB saya iaitu Arts Rahman masih belum berpuas hati nampaknya. Selepas tiga kali diberi peluang supaya dikemukakan bukti (yang utamanya dakwaannya bahawa CONFIRM Mursi akan bunuh SEMUA pembangkang sekiranya berjaya mengusai tentera Mesir, dan beberapa lagi dakwaan), ternyata dia tidak kemukakan bukti-bukti yang diminta, sebaliknya melambakkan pelbagai link yang tak berkenaan dengan bukti yang diminta. Oleh itu terpaksalah unfriend.

Tapi dalam mesej ditulisnya lagi… ingatkan bukti, rupa-rupanya kutukan-kutukan pula seperti :
1.       awak ni sombong dan bongkak
2.       sia sia kitab ihya yg awak dok baca
3.       (siap dengan ludahan berbunyi/bertulis…) phuiiiiiiiiiiiiii
4.       bodoh pak ustaz
5.       syaitan bisu

Tak ada gunanya memanjangkan bicara dengan orang yang sebegini. Jelas lagi bersuluh yang dia bukannya mencari kebenaran, tetapi perbalahan dan permusuhan. Hendak mengaku salah, sifat mazmumah dalam bentuk ego menghalanginya. Oleh itu saya menutup majlis bicara kami dengan kalam berikut :

Masih gagal lagi tuan....
Buktikan CONFIRM MURSI AKAN BUNUH SEMUA PEMBANGKANG. Sila-sila.

Ajaran mana yang membolehkan tuan tahu perkara akan datang macam ni? Ini jelas-jelas ketaksuban melampau dan kebencian melampau yang bukan daripada ajaran Islam. Dalam Islam tak ada ramalan-ramalan karut sebegini, bahkan lebih daripada ramalan, iaitu CONFIRM! Guru mana yang ajar tuan ilmu sebegini? Sila tunjukkan orangnya supaya boleh kita siasat.

Belum pernah saya jumpa seorang pembenci Mursi dan Ikhwanul Muslimin yang sampai sebegitu sekali, hatta Zionis, Syiah, Wahhabi pun saya tak jumpa keluarkan PENGESAHAN/GERENTI sebegitu rupa. Mereka pun tak berani nak mendahului kerja-kerja Tuhan macam yang tuan lakukan.
Apa agama tuan sebenarnya?
*(Jika Islam, aliran apa?)

Siapa guru yang ajar ajaran karut sebegini?
Ilmu apa yang membolehkan tuan MENGESAHKAN perkara yang belum berlaku?
Ataupun tuan yang mengasaskan ajaran ramalan karut ini?

Kalau saya percaya tuan tahu perkara akan datang, bahkan berani membelakangkan Allah dengan mengatakan CONFIRM akan bunuh SEMUA... sudah tentu saya akan mengambil tuan sebagai Tuhan. Malangnya hal itu tak akan berlaku.

Beri bukti yang ini dulu baru kita bincang satu-persatu link-link yang tuan longgokkan. Sila jadi orang yang berani bertanggungjawab. Bukan main lempar fitnah, buat ramalan nujum karut, lambak banyak-banyak link di laman orang... tapi langsung tak berani bertanggungjawab. Ajaran apalah yang sudah merasuk tuan agaknya.

Banyakkan istighfar. Membenci seseorang atau sesuatu kaum jangan sampai ke tahap ini. Dengan mengambil pelajaran drpd kitab Ihya' yang tuan kata sia-sia itu, sekurang-kurangnya saya tidak mendahului kerja-kerja Allah. Semoga tuan akan dipilih oleh Allah untuk meninggalkan ajaran ramalan karut yang sedang tuan anut sekarang.

Wassalam.

Abu Zulfiqar
11 November 2013

No comments: