Friday, July 19, 2013

Erdogan : Orkestra-Orkestra Kudeta MESIR

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan enggan bercakap dengan Naib Presiden baru Mesir Mohamed ElBaradei. Erdogan naik berang dengan pemimpin sementara Mesir selepas beliau menyuarakan sokongan untuk menggulingkan Presiden Muhammad Mursi.

"Bagaimana saya boleh bercakap dengan anda? Anda tidak dipilih, anda telah dilantik oleh orkestra-orkestra rampasan kuasa," katanya pada hari Selasa, terhadap ElBaradei dalam ucapannya di laman web CNN-Turki itu.

Erdogan, pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), telah menamakan rampasan kuasa itu sebagai "Musuh Demokrasi" dan berkata, Mursi adalah satu-satunya presiden yang sah di Mesir.

Kerajaan sementara di Kaherah telah mengatakan bahawa mereka sangat marah atas komen Erdogan tentang penggulingan Mursi, presiden pertama yang dipilih secara bebas di Mesir. [AFP]

Sumber : AlJazeera
‪#‎mesirkini‬

No comments: