Thursday, July 25, 2013

FILIPINA - Guru Diminta Tidak Berpurdah

Manila: Pihak berkuasa pendidikan Filipina meminta guru wanita beragama Islam 
kelmarin membuka purdah di dalam bilik darjah dalam usaha mempromosi hubungan baik antara guru dan murid. 

Setiausaha Pendidikan Armin Luistro berkata tindakan itu adalah sebahagian pembaharuan menjadikan sekolah lebih sensitif terhadap agama. Pelajar perempuan Islam masih dibenarkan memakai tudung atau hijab di kampus selain pakaian yang sesuai ketika menghadiri kelas senaman, menurut arahan itu. 



Lihat wajah guru 

Namun, ketika guru wanita Islam boleh memakai tudung di luar kelas, mereka diarahkan membuka penutup muka ketika pembelajaran supaya boleh berinteraksi lebih baik dengan pelajar. 

“Sebaik guru berada dalam bilik kelas, beliau diminta membuka penutup muka,” kata arahan itu. 
Guru wanita Islam yang membuka purdah membolehkan “murid mengenal pasti guru mereka lebih baik, sekali gus mempromosi hubungan baik antara guru dan murid,” katanya. 

Selain itu, dapat melihat wajah guru membantu pengajaran bahasa di mana ‘pembentukan bibir’ memainkan peranan dalam menyebut sesetengah huruf, katanya. 

Pejabat Hal Ehwal Islam kerajaan berkata ia bersetuju dengan langkah jabatan pendidikan, walaupun ia masih belum menerima salinan arahan itu. 

Majoriti Islam 

Roque Morales, seorang penasihat pejabat itu, berkata beliau tidak tahu jumlah sebenar guru wanita beragama Islam di mana amalan memakai tudung lebih ramai di selatan Filipina yang majoritinya Islam. 

“Anda dapat lihat hampir di semua tempat,” katanya. - AGENSI sumber

No comments: