Friday, July 12, 2013

GLOBAL - Erdogan Pimpin Kempen untuk Mursi

Akhbar Turki mengungkapkan bahawa Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan akan memimpin kempen di peringkat antarabangsa untuk mengembalikan Presiden Muhammad Mursi yang telah digulingkan oleh tentera.
Akhbar “Hurriyet Daily News” mengatakan bahawa Ankara akan memimpin kempen diplomatik yang meliputi PBB, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Negara-negara Arab untuk mengembalikan Mursi epada jawatannya semula sebagai Presiden sah bagi rakyat Mesir.
Sebagaimana dikutip dari seorang pegawi tinggi di Kementerian Luar Negeri Turki, mengatakan, “pesan kami sangat jelas, kami mengharapkan Dunia menggambarkan apa yang telah terjadi di Mesir ini sebagai Kudeta 9rampasna kuasa), dan kudeta militer tidak boleh diterima, baik di Mesir atau di tempat lain.”
Dia menambahkan,” membatalkan Kudeta dan mengembalikan penguasa sebelumnya mestilah menjadi keutamaan bagi negara-negara yang masih percaya pada Demokrasi.”
Akhbar tersebut juga melaporkan bahawa hanya Erdogan yang mengutuk kudeta tentera yang terjadi di Mesir sementara sekutunya di Barat mahupun Arab mengucapkan selamat kepada tentera, dan Erdogan telah menghubungi Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon , setelah sebelumya melakukan diplomasi yang intensif dengan Menteri Luar Negeri Turki serta beberapa ahli politik Eropah lainya sepanjang minggu ini, semua itu dalam rangka kempen Diplomasi Internasional yang akan dilakukan.
Akhbar itu menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan Washington terhadap Kudeta di Mesir sangat penting bagi Ankara, yang berharap bahawa Amerika Syarikat menggunakan pengaruhnya terhadap tentera Mesir untuk mengembalikan pemerintahan Mursi seperti semula. sumber

No comments: