Wednesday, July 10, 2013

Israel Desak AS Terus Bantu Tentera MESIR

Israel telah mendesak Washington untuk tidak membatalkan bantuan ketenteraan  tahunan $ 1.3 billion kepada tentera Mesir  setelah rampasan kuasa Presiden Mesir terpilih Mohammad Mursi oleh tentera, kata laporan media, Selasa.
Berdasarkan  undang-undnag AS, semua bantuan ketenteraandan ekonomi mesti ditangguhkan untuk setiap negara di mana pemerintah yang rasmi digulingkan oleh tentera.
Setakat ini  Washington tidak ingin  menganggap insiden 30 Jun lalu yang akhirnya berdampak penggulingan  atas Mursi sebagai  rampasan kuasa.
Menurut seorang pegawai tinggi AS yang dikutip oleh akhbar Haaretz, Pegawai  politik tertinggi Israel telah terlibat dalam “konferensi melalui telefon ” dengan Washington, memperingatkan bahawa setiap penghentian bantuan dapat memberi kesan pada keamanan Israel dan bahkan merosak perjanjian perdamaian 1979 dengan Mesir.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menelefon Menteri Luar Negeri AS John Kerry, Moshe Yaalon Menteri Pertahanan berbicara dengan kepala Pentagon Chuck Hagel dan Penasihat Keamanan Nasional Israel Yaakov Amidror berkonsultasi dengan mitra AS-nya, Susan Rice, katanya.
  sumber

No comments: