Tuesday, July 30, 2013

Media MESIR Berusaha Jatuhkan Hamas

Pemimpin Hamas Khaled Meshal mengatakan Media mesir telah berusaha untuk mencemarkan nama baik Hamas kerana kebencian mereka terhadap Ikhwanul Muslimin.

Diaa mengatakan bahawa media telah melakukan jenayah untuk melawan gerakan Mesir, dan telah menggunakan Hamas untuk menodai Ikhwanul Muslimin kerana keterkaitan hubungan yang sangat dekat antara Hamas dan Ikhwanul Muslimin.

Media pemerintah Mesir telah melancarkan kempen kekerasan terhadap Hamas, Hamas dituduh telah membunuh tentera Mesir dan melakukan operasi bersenjata di Sinai.

Media tersebut juga menuduh bahwa Hamas telah memasukkan senjata dan sebahagian elemennya untuk mendukung Ikhwanul Muslimin dan Presiden Mursi.

Meshal mengatakan bahawa matlamat Hamas adalah pembebasan Palestin, dan tidak ikut campur dengan urusan dalam negeri negara-negara Arab, Namun Ia menyerukan untuk memberikan gerakan Islam kesempatan mereka.

Meshal juga mengatakan dalam sebuah program Televisyen “fi Shomim” yang disiarkan oleh saluran Rotana Teluk, bahawa dirinya tidak akan perah mengakui Israel, serta menekankan komitmennya terhadap setiap jengkal tanah Palestin.

Khaled Meshal menambahkan bahawa yang paling penting bagi Israel adalah keamanan Perbatasannya, oleh kerana itu mereka bekerja keras untuk membuat negara-negara tetangga selalu berada dalam konflik yang berkepanjangan. (hr/im) sumber

No comments: