Monday, July 22, 2013

MESIR - 17 Ramadhan Hari Akhir Rampasan Kuasa?

Dr Muhammad el-Beltagy, Pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan, mengumumkan bahawa aliansi Nasional pendukung legitimasi memutuskan untuk mengerahkan jutaan penyokong pada tanggal 17 Ramadhan dengan jargon “Al-Furqon”, dan itu untuk mengakhiri kudeta yang selama ini telah menguasai Mesir.
Beltagy menjelaskan selama ucapan yang disampaikan di Rabi’ah Al-adawiyah bahawa jutaan rakyat itu akan menjadi himpunan terbesar, “hanya Allah saja yang akan menjatuhkan kudeta”, kata Beltagy menurut laman Ikhwan Online.
Beltagy juga mengatakan bahawa rakyat Mesir menolak segala intimidasi yang dilakukan oleh para tentera dan perisikan Amerika kepada para pendukung Mursi.
Dia menyebutkan bahawa hari tersebut akan terlihat kembalinya legitimasi yang merupakan penegasan terhadap hak rakyat Mesir untuk menentukan nasib sendiri, serta memilih pemimpinnya secara demokratik dan bukan melalui kudeta terhadap kehendak rakyat Mesir. (hr/im) sumber

No comments: