Thursday, July 4, 2013

MESIR - 300 Ikhwanul Muslimin Ditangkap Tentera

Pemerintah Mesir pada Khamis pagi telah menangkap Presiden Muhammad Mursi dalam rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera Mesir, dan mereka juga menangkap 300 pemimpin dan tokoh-tokoh dari Jema’ah Ikhwanul Muslimin.
Dilaporkan bahAwa tentera Mesir selain menangkap Presiden Muhammad Mursi  dan 300 tokoh Ikhwanul Muslimin para tentera juga menangkap Pemimpin parti Kebebasan dan Keadilan, Sa’ad Katani beserta wakilnya Rashad al-Bayoumi.
Para pegawai tinggi tentera mengatakan bahawa tentera Mesir memang telah menahan Muhammad Mursi di mana sebelumnya dia dikatakan sangat rapat dengan Ikhwanul Muslimin.
Salah satu akhbar Mesir mengatakan  bahwa pihak militer juga menangkap Ketua “Parti Pembangunan dan Pengembangan”  yang merupakan sayap politik dari Jama’ah Islamiyah, dan juga menahan Ashim Abdul majid yang merupakan pemimpin kelompok Jama’ah Islamiyah.
Agence France Press mengatakan, polis dan tentera telah mengumpulkan data untuk penangkapan 300 pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Tentera juga sebelumnya telah menutup beberapa saluran televisyen, termasuk chanel 25 yang merupakan chanel milik Ikhwanul Muslimin. sumber

No comments: