Thursday, July 11, 2013

MESIR - AS akan Kirim 12 Jet Pejuang F-16 kepada Tentera

Amerika Syarikat pasca rampasan kuasa oleh tentera akan mengirimkan empat pesawat tempur F-16 ke Mesir dalam beberapa minggu akan datang, kata para pegawai AS kepada Reuters pada hari Rabu, ini menguatkan lagi dukungan AS kepada rampasan kuasa oleh tentera yang terjadi di Mesir atas Presiden Mursi yang berasal dari Ikhwanul Muslimin.
Mesir adalah penerima bantuan AS terbesar kedua setelah Israel, tentera Mesir menerima $ 1,500,000,000 per tahun. Dan pengiriman Jet ini adalah sebahagian dari pakej bantuan, seorang pegawai pertahanan AS mengesahkan.
Seorang pegawai pertahanan mengatakan pengiriman dari empat F-16 itu akan dikirim  pada bulan Ogos.
“Tidak ada perubahan saat ini dalam rancangan untuk memberikan F-16 kepada tentera Mesir,” kata seorang pegawai AS yang tidak ingin disebutkan namanya.
Mursi, Presiden Mesir terpilih pertama secara bebas, menyalahkan Amerika Syarikat kerana membiarkan apa yang mereka sebut rampasan kuasa oleh tentera. Sedangkan tentera Mesir mengatakan Mursi dan Ikhwanul Muslimin menghasut kekerasan ketika rakyat Mesir turun ke jalan untuk memprotes tindakan presiden.
Rumah Putih berhelah dengan tidak menyebutkan apa yang terjadi di Mesir sebagai ramapsan kuasa oleh tentera, AS hanya beralasan bahawa jutaan orang Mesir menginginkan perubahan dalam pemerintahan.
Dan lapan F-16 akan dijadualkan juga untuk dikirimkan pada bulan Disember 2013.sumber

No comments: