Sunday, July 7, 2013

MESIR - ElBaradei Bakal Presiden Baru?

KAHERAH: Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei kini dalam kedudukan teratas senarai calon Perdana Menteri untuk menangani krisis di Mesir selepas negara itu bergolak semula, minggu lalu. 

Penyokong yang setia dengan presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi terus memberi tekanan dengan melancarkan protes berterusan terhadap kepemimpinan presiden sementara sekarang. 
Pergerakan Tamarod yang menjadi badan utama menggerakkan tunjuk perasaan besar-besar untuk menggulingkan Morsi oleh tentera, Rabu lalu, berkata ElBaradei sudah dilantik dalam rundingan untuk mengambil alih pentadbiran sementara Mesir. 


Agensi berita MENA dan beberapa sumber pegawai mengesahkan mengenai pelantikan itu, namun rakan yang rapat dengan presiden berkata, nama Perdana Menteri masih belum ditentukan. 

Namun mereka tidak menolak kemungkinan bahawa ElBaradei adalah pilihan yang logik. 

“ElBaradei adalah calon yang terkuat," kata penasihat dan jurucakap presiden, Ahmed al-Muslimani hari ini. - AFP  sumber

No comments: