Friday, July 5, 2013

MESIR: Ketua Hakim angkat sumpah jawatan Presiden

Adly Mansour (tengah) mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden sementara Mesir di Mahkamah Perlembagaan Agung di Kaherah, semalam, - AFP 
 
KAHERAH 4 Julai - Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir, Adly Mansour mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara negara ini hari ini, selepas tentera menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi.
''Saya bersumpah untuk memulihara sistem negara republik dan menghormati Perlembagaan serta undang-undang, serta menjaga kepentingan rakyat,'' katanya pada majlis angkat sumpah jawatan di Mahkamah Perlembagaan Agung, di sini.
Majlis angkat sumpah jawatan tersebut disiarkan secara langsung oleh televisyen, selepas tentera menggulingkan Mursi, yang memegang jawatan itu selama setahun.
Seorang pegawai kanan tentera berkata, tentera kini menahan Mursi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. - AFP

No comments: