Friday, July 12, 2013

MESIR - Mubarak Terkena Doa Ulama

KOTA BHARU: Umat Islam di Malaysia khususnya Kelantan diseru mendoakan keselamatan umat Islam di Mesir yang kini sedang bergolak.

Imam Qaryah Ramadhan, Sheikh Hisyam Abdul Bari berkata, hanya doa yang mampu menyelamatkan umat Islam di sana, kerana tajamnya doa sebagaimana janji Allah sendiri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat sunat tarawih di khemah Qaryah Ramadan, di sini malam tadi.

Beliau turut menceritakan bagaimana seorang ulama Mesir yang cacat penglihatan telah berani tampil mendoakan kejatuhan Muammar Ghadafi 30 tahun dahulu.

“Dia mendoakan dengan berkata Muammar akan dihina sebelum kematiannya, jenazahnya tidak akan diterima bumi serta dia akan lari membawa diri dengan penuh air di lorong kecil yang penuh najis.

“Selepas kejatuhannya, Muammar sememangnya melalui saat-saat itu, itulah antara berkat doa dari hamba Allah, kerana tajamnya doa,”ujarnya.

Kerana itu, tambahnya sekiranya rakyat Malaysia dan Kelantan bersimpati dengan nasib umat Islam di sana, bantulah mereka dengan doa.

Beliau juga melahirkan keyakinannya apa yang berlaku di Mesir serta pergolakan di negara lain di Timur Tengah akibat konspirasi musuh Islam apa lagi Mesir dan Al Azhar adalah benteng agama suci itu.

Sheikh Hisyam seterusnya berkata Islam tidak akan menang di tangan Arab, sebaliknya orang luar.

Sambungnya, Imam Bukhari, Abu Hanifa dan beberapa orang lagi insan ternama dalam Islam bukan dari Arab.

Sheikh  Ahmad Tamim Mahmood pula berkata, ketegangan dunia khususnya serangan terhadap Islam tidak pernah berakhir sejak dari dahulu  hingga kiamat.

Berlaku di Timur tengah kini satu kospirasi terhadap umat Islam oleh kuffar untuk menjatuhkan umatnya. sumber

No comments: