Friday, July 5, 2013

MESIR: Mursi dan 300 pemimpin kini dalam tahanan tentera

KAHERAH 4 Julai - Jurucakap pergerakan Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, Presiden Mesir, Mohammed Mursi kini ditahan selepas digulingkan oleh tentera semalam.
Katanya, Mursi ditahan di ibu pejabat Pengawal Republik sebelum dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.
"Selain Mursi, tentera turut menahan lebih 300 pemimpin dan anggota pergerakan Ikhwan Muslimin," katanya kepada DPA.
Sementara itu, Panglima Tentera Mesir, Abdel-Fattah al-Sissi berkata, Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour dilantik memimpin kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya awal diadakan. - DPA

No comments: