Wednesday, July 3, 2013

MESIR - Mursi Tidak Gentar Ancaman Tentera

Diposting di laman rasmi Facebook dari Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF), yang dipimpin oleh Panglima Jenderal Abdel Fattah al-Sisi, mengatakan: “Kami bersumpah demi Tuhan bahawa kita akan mengorbankan darah kita bagi Mesir dan rakyatnya , untuk membela mereka terhadap teroris, radikal atau kebodohan. ”
Pernyataan itu dikeluarkan tiga jam setelah Mursi memberikan ucapan di televisyen yang menolak tempoh masa dari Al Sisi bahawa dia mesti berkongsikekuasaan dengan lawan-lawannya atau menghadapi tindakan ketenteraan pada jam  5 petang waktu tempatan (1500 GMT).
Satu sumber militer mengatakan pernyataan itu membuat jelas bahawa angkatan bersenjata tidak akan meninggalkan tuntutan mereka, menurut Reuters.
Mursi berkeras  pertahankan ‘legitimasi konstitusionalnya ” dan meminta tentera untuk menarik tempoh masa untuk melakukan intervensi jika semua partai politik tidak menyelesaikan perbalahan.
Presiden juga mengatakan dia  bersedia untuk “memberikan hidupnya” untuk mempertahankan legitimasi konstitusional, dan juga komentar pemimpin tinggi Ikhwanul Muslimin yang mendesak para pendukungnya untuk siap mengorbankan nyawa mereka untuk mencegah kudeta tentera.
Dalam ucapan Mursi , sekitar lebih  40 minit, dia mengakui pada tahun pertamanya , dia menghadapi tentangan dari ‘sisa-sisa korup “dari rejim lama.
Dalam menanggapi tempoh masa tenteraha untuk berbagi kekuasaan dengan lawan-lawannya, ia mengatakan dia telah mencuba dialog seperti itu sebelumnya dan belum berhasil. Tapi dia berkeras dia akan terus memenuhi tugas yang diamanatkan rakyat  kerana ia telah terpilih secara demokratik.
Presiden mengatakan bahawa penghormatan terhadap tatanan konstitusional adalah “satu-satunya jaminan agar pertumpahan darah tidak berlanjut,”

No comments: