Wednesday, July 17, 2013

MESIR - Pembangkang Pula Berasa Dibohongi Tentera

Ketua Parti Mesir Qowiyyah yang juga mantan anggota Ikhwanul Muslimin Abdel Moneim Aboul Futuh, menyatakan bahawa Revolusi 25 Januari sedang dalam keadaan bahaya. Hal ini diungkapkannya melalui laman jejaring sosial twitter.
Aboul Futuh juga menambahkan, kita telah kembali ke rejim Husni Mubarak, walaupun tanpa Mubarak sendiri.
Pasca kudeta tentera terhadap Presiden Mursi, Mesir kembali diambil alih Dewan Tentera, Presiden sementara Adly Manshour hanya seorang boneka pemerintahan.
Sementara itu arus demostrasi penolakan terhadap kudeta Militer mendapat tekanan dan perlawanan dari pasukan polis dan tentera.
Kubu pembangkang yang berhasil menggulingkan Mursi juga telah menyertai demonstari, mereka menyeru rakyat Mesir turun ke jalan memprotes Dewan Militer Mesir yang disebut telah mencuri revolusi 25 januari. (rassd/Zhd) sumber

No comments: