Sunday, July 14, 2013

MESIR - Penyokong Kudeta Mula Beralih Arah

ASKAR MESIR GUNA STRATEGI TAHUN 50-AN

Askar Mesir khasnya ketua mereka, Abdul Fattah As-Sisi perlu mengakui tindakan mereka semasa dan selepas rampasan kuasa ternyata satu kesilapan besar bahkan telah mengundang simpati masyarakat dalam dan luar negara.

Hakikatnya, askar masih menggunakan taktik lama yang pernah digunakan zaman Jamal Abdul Nasser. Era 60-an ketika itu, masyarakat boleh diperbodohkan oleh media massa melalui perang psikologi terhadap Ikhwan Muslimin yang dilancarkan oleh rejim Abdul Naser ternyata berjaya apabila masyarakat terpedaya dengan propaganda waktu itu. Bayangkan yang menjadi penasihat kepada As-Sisi itu bekas Menteri Penerangan zaman Abdul Naser bernama Hasanain Haikal yang tentunya dinasihati As-Sisi itu berdasarkan pengalamannya di zaman Abdul Naser. Relevenkah nasihatnya di zaman moden ini?

Hari ini, dunia penuh teknologi canggih dan zaman internet. Jika televisyen kerajaan hari ini enggan menyiarkan laporan tepat berkaitan apa yang berlaku di dataran Raba'ah, rakyat tidak lagi ketandusan maklumat. Mereka boleh mendapatkan maklumat melalui Facebook, "Al-Jazeera Mubasher", televisyen Al-Quds dan pelbagai saluran lain.

Tidak hairan, bagaimana golongan 'atas pagar' yang tidak menyebelahi Mursi atau As-Sisi (tentera) maka hari ini mereka memberikan sokongan kepada Mursi. Sebagai contoh, Hamdy Qandil, salah seorang tokoh penulis dan wartawan Mesir yang semalam menyatakan bantahannya kepada rampasan kuasa tentera walhal sebelum ini beliau bersama tentera bagi menggulingkan Mursi.

Pendirian beliau itu dinyatakan dalam tulisan beliau semalam bertajuk "Jatuhkan Pemerintahan Tentera". Hujah beliau mudah. Beliau hairan bagaimana tindakan drastik tentera selepas rampasan kuasa 3 Julai lalu menutup televisyen (termasuk TV Ikhwan MISR25), menghentikan pengeluaran surat khabar Ikhwan, menangkap beberapa pimpinan gerakan Islam (bekas Mursyidul Am Ikhwan Mahdi Akif, Presiden FJP Dr.Saad Katatni dan ramai lagi) dan menutup ruang kepada televisyen kerajaan untuk membuat liputan apa yang berlaku di Raba'ah.

Tulis beliau, sepanjang setahun Mursi memerintah, tiada satu pun akhbar yang ditutup, tiada satupun televisyen dihentikan perkhidmatan bahkan tiada seorang pun dikalangan aktivis politik yang ditahan bahkan televisyen kerajaan di bawah beliau bebas bagi sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan sekalipun "Barisan Penyelamat".

Paling tidak masuk akal, apabila askar dan polis bertindak membunuh umat Islam sedang menunaikan solat Subuh pada pagi 8 Julai yang mengorbankan lebih 80 nyawa. Apa yang dilakukan mereka di Arish ketika solat Asar dan sebelumnya di Raba'ah yang menembak orang sedang berqiamullail semuanya telah mengundang sokongan simpati dari rakyat. Kemudian, tanpa segan silu mereka boleh menuding jari ia perbuatan "pengganas". Pengganaskah mereka yang menunaikan solat Subuh? Sekali lagi askar gagal meyakinkan dunia dengan tindakan mereka.

Semoga As-Sisi dan askar Mesir kembali ke pangkal jalan. sumber

No comments: