Monday, July 15, 2013

MESIR - Semakin Ramai Ulama Mesir Menolak Rampasan Kuasa

Shalah Sultan, Setiausaha Agung Dewan Tinggi urusan Islam Mesir, mengumumkan pembentukan gerakan “Ulama Umat Melawan Rampasan Kuasa” untuk menghadapi rampasan kuasa tentera yang saat ini terjadi di Mesir, yang telah menggulingkan Presiden yang sah iaitu Muhammad Mursi.
Sebagaimana yang dikatakan dalam ucapannya dalam sebuah Muktamar di Al-Azhar, pada hari Ahad (14/7) dalam rangka mendukung Presiden Muhammad Mursi dan mengembalikannya pada jawatannya semula sebagai Presiden Mesir, serta dia mengajak seluruh rakyat Mesir untuk maju mendukung legitimasi. Gerakan ini dibentuk oleh beberapa da’i dari Al-Azhar dan Kementerian Wakaf.
Shalah Sultan mengatakan bahawa Dewan Tinggi urusan Islam menganggap apa yang telah terhadi pada tanggal 3 Julai, merujuk pada keputusan menggulingkan Mursi, adalah jelas sebagai ramapsan kuasa tentera yang tak dapat dibenarkan.
Dia mengatakan bahawa gerakan ini membawa pesan untuk kembali pada revolusi 25 Januari, yang bertujuan menegaskan kembali identiti Islam Mesir, dan memperjuangkan hak-hak kewaranegaraan bagi semua rrakyat Mesir, serta menekankan kembali perlunya menghormati kehendak rakyat dalam memilih pemimpinnya , dan hal ini sekaligus menolak segala kudeta terhadap pemimpin yang dipilih secara sah oleh Rakyat. (hr/It sumber

No comments: