Saturday, July 27, 2013

Penasihat Syeikhul Azhar Desak Syeikhul Azhar Kutuk Pembunuhan

Penasihat Syeikh Al-Azhar Syeikh Dr Hassan Syafii meminta Dr Ahmed Al-Tayeb, Imam dan Syeikh Al-Azhar untuk segera campur tangan mencegah pembantaian terhadap pendemo tak bersenjata.
Dr Hassan mengatakan dalam sebuah wawancara dengan pegwai berita Al-Jazeera Mubasher Mesir, ini adalah pembantaian kepada rakyat Mesir.  Dr Hassan menambahkan, “Saya berharap bahawa  Syeikh Al-Azhar segera mengutuk pembantaian ini dan mendengar langsung kenyataan beliau.” Saya menyeru kepada semua orang untuk segera menghentikan pembantaian berdarah.
Dr Hassan menambahkan, “saya tidak mempunyai apa-apa di umur saya yang tua renta kecuali mengatakan yang haq dan yang batil, serta mengutuk orang yang membolehkan kesucian darah seseorang tumpah.”
Selain itu beliau berpesan kepada seluruh pemimpin muslim dunia, termasuk Presiden Indonesia, Malaysia, dan Negara Islam lainya, untuk segera mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk pembantaian di Medan Rab’ah Al-Adaweyah. (rassd/Zhd) sumber

No comments: