Tuesday, July 16, 2013

Peranan Tokoh Kristian dan Liberal Menjatuhkan Mursi

Setelah penggulingan Mursi, Naguib Sawiris jutawan Kristian yang anti-Mursi mengatakan dia telah melobi pihak pemerintah di Kuwait dan UAE, yang selama pemerintahan Mursi enggan membantu Mesir, untuk menawarkan dukungan dana segera dan membantu Mesir dalam waktu beberapa bulan akan datang.
Tak lama setelah tentera Mesir melangkah masuk, UEA dan Kuwait menawarkan $ 3 billion dollar dan $ 4 billion masing-masing kepada pemerintah Mesir,  dan Arab Saudi menawarkan bantuan $ 5 billion dollar. 
Sawiris, yang membiayai dana Parti Liberal Mesir yang merupakan sebahagian dari pakatan yang menentang Mursi, mendakwa kononnya pemerintah Mursi pernah  menawarkan kepadanya jawatan gabenor Kaherah pada awal pemerintahan Mursi, tapi dia menolaknya,d ia melihatnya sebagai usaha ” untuk membeli saya “.
Sawiris adalah pemilik saham di sebuah saluran televisyen dan akhbar terkemuka independen yang telah disiarkan sebagai penentangan atas kekuasaan Mursi. (Arby/KH) sumber

1 comment:

School Of Tots said...

Pihak kufar dan munafik sentiasa menolak Islam dan pemerintahan Islam. Tapi yakinlah segala janji Allah bahwa Islam akan menang jua. Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Bahawa pejuang2 Islam kena mantapkan saf perjuangan. Setiap kemenangan mestilah ada pengisian dan strateginya. Mungkin kelemahan yg banyak membantu keruntuhan Mursi di Mesir. Usaha, doa & harap pada Allah bukan pada makhluk.