Friday, July 12, 2013

Puteri SAUDI Dituduh Seludup Manusia ke AS

LOS ANGELES: Tuanku Puteri Arab Saudi, Meshael Alayban, 42, didakwa di California atas tuduhan memperhambakan seorang wanita Kenya dengan memaksa beliau berkerja dalam keadaan yang disifatkan mendera selain memegang pasportnya. 

Meshael salah seorang daripada enam isteri kepada cucu Raja Abdullah, didakwa memaksa wanita Kenya terbabit bekerja 16 jam sehari dan tujuh hari seminggu pada kadar gaji bulanan AS$220. 
Pertuduhan yang dibacakan kepada Tuanku Puteri Arab Saudi itu adalah kesalahan menyeludup manusia iaitu seorang wanita warga negara Kenya ke Amerika Syarikat dengan memaksa mangsa untuk bekerja sebagai pembantu rumah domestik tanpa mendapat persetujuannya. 


Ikat jamin yang dikenakan ke atas Meshael yang ditahan Rabu lalu ditetapkan pada AS$5 juta. 

Sementara itu, pendakwa raya berkata, mangsa menandatangani kontrak dengan sebuah agensi pekerja yang menjanjikan beliau gaji sebanyak AS$1,600 sebulan untuk tempoh bekerja 40 jam seminggu. - AFP sumber

No comments: