Saturday, July 20, 2013

SYRIA - 62 Maut

Memasuki hari kesepuluh bulan suci Ramadhan 1434 H derita kaum muslimin Syria masih terus berlanjutan. Komisi Koordinasi Lokal (LCC) Syria mencatat rezim Nushairiyah Syria kembali membantai sekurang-kurangnya 72 warga awam muslim tak berdosa pada Jumaat (18/7/2013), Ugarit News melaporkan.
Dari keseluruhan korban awam yang gugur pada hari Jum’at terdapat 4 kanak-kanak, 5 wanita dan 4 orang dewasa yang gugur setelah mendapat penyiksaan biadab dari pasukan rejim Bashar Asad.
Korban gugur terbanyak berada di  Damsyik dan pinggiran Damsyik iaitu 19 orang. Desa Qabun dan Joubar di Damsyik mendapat gempuran hebat mesin perang rjzim. Kota Harasta, Daraya, dan Ghautah Timur di pinggiran Damsyik menjadi sasaran utama bom pesawat tempur, roket, kereta kebal dan artileri berat rezim.
sumber

No comments: