Tuesday, July 9, 2013

TV3 Didesak Mohon Maaf Gelar Mursi Diktator

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran beberapa kali didakwa menggelarkan Presiden Mesir yang dijatuhkan melalui rampasan kuasa, Dr Muhammad Morsi sebagai pemimpin diktator dalam beberapa ulasan di saluran televisyen itu.

Ketuanya Nasrudin Hasan berkata, tindakan stesen televisyen itu juga dilihat tidak wajar dan tidak berasas.

Menurutnya, Morsi telah dipilih secara sah melalui pilihan raya presiden tahun lalu.

Malah majoriti rakyat Mesir telah memilih dan menyokong Morsi sebagai presiden.

"Gelaran (diktator) ini senada dengan media Israel yang melabelkan Morsi sebagai diktator dan kuku besi.

"Saya harap TV3 menarik balik dan memohon maaf kepada dunia," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tegas Nasrudin lagi, TV3 sewajarnya faham bahawa Morsi dijatuhkan oleh tentera yang membuat rampasan kuasa dan bukan oleh rakyat sperti berlaku pada Hosni Mubarak sebelum ini.

"Saya juga akan menyerahkan memorandum dan bantahan kepada Kementerian Penerangan berhubung perkara ini," katanya. sumber

No comments: