Monday, July 22, 2013

UAE - Bukan Muslim Diajak Berpuasa Sama

Dubai: Penduduk bukan Islam di seluruh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipelawa menyertai program berpuasa sehari pada 27 Julai dalam usaha untuk merapatkan jurang budaya antara masyarakat yang tinggal di negara itu. 

Usaha berkenaan dilancarkan oleh Pertubuhan Peruncitan dan Festival Dubai (DFRE) adalah sebahagian daripada acara ‘Ramadan di Dubai’ bertujuan menggalakkan sesiapa saja menyertai majlis komuniti dan memahami kepentingan agama dan budaya dalam Islam. 
Untuk beberapa hari, DFRE akan menjalankan kempen media sosial untuk mendidik mereka yang tidak pernah mempunyai pengalaman berpuasa, dengan memberikan tip, fakta dan pilihan diet bagi membantu peserta menyiapkan diri mereka untuk acara berkenaan. 


Majlis berbuka puasa 

Pada hari berkenaan, semua peserta akan diundang ke Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Dubai, Pusat Dagangan Dunia Dubai pada siang hari di mana DFRE mengadakan majlis berbuka puasa besar-besaran pada hari ke 19 Ramadan. 

Seorang setiausaha peribadi, Purva Ganesh, yang berpindah ke Dubai sejak lima tahun lalu menyatakan keinginan untuk menyertai acara terbabit. 

Beliau berkata: “Ini adalah Ramadan keempat saya di Dubai tetapi saya tidak pernah berpeluang untuk berpuasa bersama rakan-rakan sekerja Islam atau memahami mengenainya. - Agensi sumber

No comments: