Wednesday, August 14, 2013

BANGLADESH - Parti Islam Dibatalkan

Polis dan para pendemo bertempur dalam demonstrasi umum selama 48 jam , Demonstrasi dilakukan oleh massa  parti Islam terbesar di Bangladesh, kerana adanya putusan pengadilan  yang membatalkan pendaftaran parti mereka di Komisi Pemilihan Umum.
Ratusan ribu pendukung parti Jamaat-e-Islami turun ke jalan di dua daerah Meherpur, sebuah wilayah bagian barat ibukota, Dhaka, kata polis pada hari Selasa.
Kebanyakan pengusaha kecil dan kedai-kedai memilih tutu perniagaanp di Dhaka, sementara bas pada terminal kota terganggu juga kerana adanya pemogokan.
Sejumlah batalion polis anti rusuhan serta kendaraan berperisai dikerahkan di titik kunci di Dhaka untuk mencegah kemungkinan tindakan kekerasan.
Stesenn TV melaporkan bahawa pendukung Jemaat menyekat jalan-jalan dan membakar ban sebagai simbolik pemogokan.
Pasukan keamanan menggunakan gas air mata dan pentungan untuk membubarkan kerumunan massa, media lokal melaporkan.
Setidaknya 50 orang, termasuk 10 polis, cedera
Seorang jurucakappolis metropolitan Dhaka mengatakan kepada AFP bahawa lima pendemo ditangkap selama demonstrasi.
Pada tanggal 1 Ogos lalu , sebuah  Pengadilan Tinggi memutuskan bahawa Parti Jemaat-e-Islami telah melanggar ketentuan konstitusional sekularisme negara itu hanya kerana Parti Islam itu ingin menerapkan hukum Islam, atau Syariah.
Kerana keputusan pengadilan tersebut , parti tersebut  dilarang mengambil bahagian dalam pilihanraya berikutnya.
Sebuah kelompok hak asasi manusia yang berpusat di AS pada Isnin mengecam penangkapan seorang aktivis terkemuka Bangladesh atas tuduhan  palsu oleh pemerintah setelah tindakan keras mematikan terhadap protes di bulan Mei lalu.
Human Rights Watch menuntut pembebasan segera Adilur Rahman Khan yang diheret oleh polis di depan kediamannya di ibukota pada Sabtu.
“Penangkapan Adil Khan tampaknya merupakanusahauntuk membungkam salah satu kritikus paling vokal atas pemerintah Bangladesh sebelum pilihanraya nasional,” Brad Adams, direktur Asia Human Rights Watch mengatakan dalam sebuah pernyataan.
Pemerintah AS juga mendesak Bangladesh untuk membebaskan Khan, mengatakan penahanannya memiliki “kesan dingin” pada masyarakat. sumber

No comments: