Thursday, August 1, 2013

Bukti Intelijen MESIR di Sebalik Serangan di Sinai

Mantan Jeneral Amerika Syarikat, Mark Kimmitt, menekankan bahawa peluru berpandu yang menghentam  pejabat Direktorat Keamanan di Sinai Utara, beberapa hari lalu, hanya boleh dilancarkan menggunakan helikopter.
Kimmitt mengatakan dalam wawancara dengan Al-Jazeera, bahawa peluru berpandu ini dari jenis “A GM 114″ model “F”, yang biasa disebut “Hellfire,”yang memiliki daya jangkaun tujuh sampai sepuluh kilometer.
Peluru berpandu jenis ini, dijual Washington kepada Mesir di akhir tahun lapan puluhan dan awal tahun sembilan puluhan.
Kimmitt membantah kemungkinan pelancaran roket dari tanah, kecuali melalui kapal laut.
Keterangan Mark Kimmitt, sekaligus membantah kebohongan Kementerian Dalam Negeri dalam sidang medianya, yang menuduh kelompok bersenjata disebalik serangan peluru berpandu pejabat keamanan di Sinai Utara.
Kimmitt menambahkan bahawa peluru berpandu jenis ini memiliki prosedur khusus dalam pelancarannya, dan hal ini mustahil dapat dilakukan oleh kelompok bersenjata. (aljazeera/Zhd) sumber

No comments: