Thursday, August 15, 2013

IKRAM Gesa MALAYSIA Desak MESIR Hentikan Keganasan

KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menyeru kerajaan Malaysia untuk menggunakan pengaruh politik dan diplomatik untuk mendesak rejim tentera Mesir untuk menghentikan pembunuhan tidak berperikemanusiaan.

Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas dan pembunuhan beramai-ramai oleh pihak keselamatan Mesir dan tentera ke atas orang awam yang tidak bersenjata yang berhimpun secara aman di Kaherah, semalam.

Katanya, adalah sesuatu yang sangat malang dan kejam apabila tentera Mesir yang kononnya mahu menegakkan demokrasi beralih kepada senapang dan bertindak ganas membunuh rakyat Mesir sendiri.

“Kami menuntut supaya pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak, wanita dan lelaki, yang tidak bersenjata itu dihentikan serta-merta dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya. sumber

No comments: