Wednesday, August 21, 2013

MALAYSIA - Lebih 3300 Agamawan Kutuk Kekejaman As Sisi

“Kami mengecam keras tindakan kejam Jeneral Abdul Fattah As-Sisi merampas kuasa rakyat dan membunuh mereka tanpa peri kemanusiaan.

“Perdana Menteri Malaysia wajar mengambil langkah segera memprotes tindakan zalim rejim tentera Mesir,” kata Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak.

Menurutnya lebih 3,300 ulama, pendakwah dan ustaz di bawah Dakwah Halaqat mengecam keras tindakan luar perikemanusiaan dilakukan As Sisi.

Dakwah Halaqat mempunyai seramai 3,377 pegawai dan kakitangan. Mereka terdiri daripada pegawai Halaqat, pembantu Halaqat, guru-guru al-Quran dan guru Fardhu Ain.

Menurutnya juga sebahagian pegawai Dakwah Halaqat adalah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir.

Oleh itu beliau berharap Malaysia perlu segera menghantar nota bantahan terhadap tindakan zalim tentera Mesir.

“Agenda terkutuk tentera Mesir tidak dinafikan kerana campur tangan kuasa besar asing bertujuan menangguk di air keruh bagi kepentingan ekonomi politik mereka,” tambahnya.

Beliau juga meluahkan rasa ducita negara-negara Arab memberikan sokongan kepada rejim tentera bagi menghalang Presiden Mesir Dr Mohammad Morsi melaksanakan perundangan Islam di Mesir.

Malah negara Arab yang kaya dengan minyak juga bimbang Dr Morsi membantu pelarian dari Syria dan Palestin. sumber

No comments: