Friday, August 16, 2013

MALAYSIA - Majlis Munajat untuk MESIR Lancar

(Ribuan mengaminkan doa Qunut Nazilah mendoakan tindakan zalim dihentikan terhadap rakyat Mesir)

KOTA BHARU: Sejak Maghrib lagi selepas mendapat info program malam tadi melalui media baru ribuan anak muda hadir. Program berkenaan dirancang secara mengejut Pemuda PAS Kelantan berikutan tentera Mesir bermaharajalela membunuh ribuan penyokong Dr Muhamad Morsi.

Ribuan penduduk Kelantan terutamanya anak-anak muda menyertai solat hajat, munajat dan membaca qunut nazilah sebagai simpati mereka terhadap nasib umat Islam di Mesir yang menjadi mangsa kerakusan tentera Mesir sekarang.

Solat hajat dan munajat diketuai anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.


Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Selain itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Presiden Alumni Keluarga Pelajar Kelantan Mesir, Ustaz Zulkifli Mat Yusoff dan Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Ustaz Abdul Malek Abdul Karim.

Program terbabit diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhamamd Ke IV.

Abdul Malek yang baru pulang dari Mesir berkata, beliau cukup kagum melihat kehadiran jutaan penyokong Dr Morsi termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) membantah rampasan kuasa dilakukan tentera.

Katanya,  biar pun rakyat berhimpun secara aman namun tentera menggempurkan mereka menggunakan kereta perisai, jentolak dan peluru hidup sehingga 5,000 menjadi korban dan 10,000 lagi cedera dalam masa sehari.

“Lebih tragik lagi apabila rakyat yang cedera dirawat di hospital didatangi polis dan terus ditembak sehingga pecah jantung mereka. Malah keluarga yang datang menuntut mayat anggota keluarga mereka juga ditembak.

“Tentera dan polis juga membakar hospital dan masjid sehingga ramai lagi menjadi korban,” katanya pada program berkenaan.

Malah dakwa beliau menteri kerajaan kudeta mengumpah militia yang dianggar berjumlah 500,000 orang di Mesir membunuh penyokong Dr Morsi dengan bayaran yang mahal.

Menurutnya tindakan zalim lebih daripada apa  yang berlaku di Syria semata-mata bagi melumpuh sepenuhnya gerakan Ikhwan Muslimin. sumber

No comments: