Monday, August 5, 2013

MESIR - 25 Ogos Perbicaraan 6 Pemimpin Ikhwan

MESIR: Jabatan Pengadilan Mesir menetapkan tarikh pada 25 Ogos ini untuk membuat pengadilan ke atas enam pemimpin Ikhwan Muslimin yang ditangkap berkait himpunan menyokong legitimasi pro Dr Muhammad Morsi.

Dalam keputusan yang dekeluarkan semalam, enam pemimpin ikhwan tersebut termasuk Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Muhammad Badie (gambar), timbalannya Khairat asy-Syatir serta Rashad Bayoumi.

Pada 10 Julai lalu, pasukan tentera Mesir pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi diperintahkan menangkap para pemimpin Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpin tertinggi gerakan itu, Muhammad Badie, atas tuduhan menghasut pembunuhan peserta himpunan.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas berlakunya tragedi pembunuhan beramai-ramai pada 8 Julai lalu ketika penyokong Morsi berhimpun di hadapan Bagunan Keselamatan Republik.

Dalam kejadian itu, lebih 80 orang terkorban ditembak peluru hidup manakala ratusan lagi cedera.

Insiden pembunuhan yang berlaku ketika mereka solat Subuh itu juga dikenang oleh para penyokong Morsi sebagai tragedi "Subuh berdarah". sumber

No comments: