Saturday, August 10, 2013

MESIR - Penyokong Morsi Terus Membanjir Kaherah

KAHERAH: Ribuan penyokong Mohammed Morsi berarak bagi mendesak pihak tentera mengembalikan jawatan bekas Presiden itu, sewaktu Presiden sementara Mesir memberi amaran akan merobohkan khemah yang dibina penyokong bekas Presiden itu. 

Penyokong Mursi membanjiri jalan raya di tengah Kaherah dan di bandar kedua terbesar Mesir, Iskandariah, selepas solat Jumaat sambil membawa gambar Presiden yang digulingkan tentera, dengan melaungkan kata-kata mengecam rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu. 
Di bandar oasis Fayyum di selatan Kaherah, penyokong Morsi bertempur dengan polis yang melepaskan gas pemedih mata kepada mereka, kata pegawai keselamatan. - AFP  sumber

No comments: