Saturday, August 17, 2013

MESIR -Perarakan Menentang Darurat

Perarakan bantah perintah daruratPenyokong Presiden Mohamed Morsi mengadakan tunjuk perasaan dekat Masjid Ennour di Kaherah semalam. - Foto Reuters
Kaherah: Berpuluh ribu penyokong Ikhwanul Muslimin, berarak di jalan raya di beberapa kejiranan di Kaherah dan bandar lain di seluruh Mesir bagi menentang perintah darurat dikuatkuasakan tentera, menyusul pertempuran yang menyebabkan lebih 638 orang terbunuh kelmarin.

Penunjuk perasaan membanjiri masjid selepas solat Jumaat, sebagai tanda sokongan kepada gesaan Ikhwanul Muslimin untuk menganjurkan Hari Kemarahan, ketika kenderaan tentera mengepung dataran utama di Kaherah, manakala askar lengkap bersenjatakan mesingan, berkawal di persimpangan jalan utama. 
Berarak di jambatan Beribu-ribu orang lagi berarak di salah sebuah jambatan menyeberangi Sungai Nil di Kaherah, sambil melaungkan slogan menyokong Ikhwanul Muslimin menentang rampasan kuasa tentera. 


Tunjuk perasaan yang semakin merebak dicetuskan kemarahan memuncak berikutan kematian 628 orang Rabu lalu, apabila polis pencegah rusuhan dibantu kereta perisai, penembak hendap dan jentolak menggempur dua lokasi tunjuk perasaan yang dikuasai penyokong presiden Mohamed Morsi yang digulingkan, sejak enam minggu lalu.

Serbuan menyebabkan pertempuran antara anggota keselamatan dan penyokong Morsi di wilayah lain di Mesir, memaksa Menteri Dalam Negeri membenarkan penggunaan kekerasan ke atas sesiapa yang cuba menyerang polis atau institusi milik kerajaan.

Mesir, negara rantau Arab paling padat penduduk, mengalami perpecahan ketara, selepas Morsi digulingkan 3 Julai lalu selepas tunjuk perasaan besarbesaran menentang beliau dan Ikhwanul Muslimin.

Penyokong Morsi berkeras mendesak pelantikan semula pemimpin itu, ketika masyarakat antarabangsa menggesa kedua-dua belah pihak mencari jalan mengakhiri pertelagahan yang berlaku. 
Lebih 40 anggota polis turut terbunuh manakala berpuluh gereja diserang ketika keganasan merebak ke beberapa wilayah.

Ramai penyokong Morsi mengkritik masyarakat minoriti Kristian kerana menyokong tindakan tentera menggulingkan pemimpin itu.

Sayap politik Ikhwanul Muslimin Parti Kebebasan dan Keadilan, dalam satu kenyataan berkata kumpulan itu tidak akan berundur sebaliknya akan terus menaikkan semangat penyokongnya untuk berhimpun di jalan raya tanpa melakukan keganasan atau vandalisme. AP sumber

No comments: