Wednesday, August 21, 2013

MESIR - Wartawan Tempatan Ditembak Mati oleh Askar

KAHERAH: Askar Mesri menembak mati seorang wartawan tempatan yang sedang bertugas untuk sebuah pertubuhan akhbar harian negara itu di pusat pemeriksaan tentera, hari ini. 

Kematian Tamer Abdel-Raouf menjadikan lima wartawan maut dalam tempoh seminggu sejak tercetusnya keganasan di Mesir. 
Pihak tentera bagaimanapun berkata, Abdel-Raouf yang bertugas untuk akhbar Al-Ahram membolosi pusat pemeriksaan tentera pada petang semalam perintah berkurung bermula. 


Katanya, anggota tentera melepaskan tembakan amaran terhadapnya sebelum menembaknya di dalam kereta dan tentera menafikan tindakan itu untuk membunuhnya. 

Bagaimaanapun, Ahli Jawatankuasa Melindungi Wartawan, Shaimaa Abu Elkhir yang memetik saksi yang bersama Abdel-Raouf di dalam kereta itu berkata, sebenarnya tiada tembakan amaran dilepaskan dan kejadian itu berlaku sejam sebelum perintah berkurung bermula jam 7 malam. 

Hamed al-Barbari dari akhbar Al-Gomhuria memberitahu media, mangsa diarah kembali semula ke pusat pemeriksaan tentera itu sebelum mereka ditembak ketika kereta mereka melalui pusingan U. 

Abdel-Raouf ditembak di kepala sebelum keretanya melanggar tiang lampu di pos pemeriksaan tentera berkenaan. - AP sumber

No comments: