Thursday, August 8, 2013

PAKISTAN - 11 Kanak2 Tak Sempat Sambut Aidil Fitri



Karachi: Satu letupan bom membunuh 11 kanak-kanak di daerah miskin di Karachi, Pakistan, sehari sebelum perayaan Aidilfitri, semalam.

Mangsa berusia lima hingga 15 tahun sedang bermain bola sepak dekat sebuah pasar yang penuh sesak apabila letupan berlaku. 
Walaupun keganasan sering melanda di bandaraya hampir setiap hari di mana berpuluh mayat ditemui, tetapi kematian berkenaan benar-benar mengejutkan penduduk. 


“Keadaan huru-hara apabila bom meletup. Penduduk menjerit dan lari menyelamatkan diri,” kata penduduk, Zafar Baluch.

Tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab terhadap letupan di daerah Lyari, kubu kuat pembangkang utama, Parti Rakyat Pakistan (PPP).

Banyak kumpulan militan berada di Karachi termasuk Taliban. Kebanyakan parti politik juga memiliki sayap bersenjata.

Sasar menteri wilayah 
Serangan dikatakan menyasarkan seorang menteri wilayah, Javed Nagori, yang sepatutnya hadir untuk menyampaikan hadiah bagi pertandingan bola sepak, kata Menteri Penerangan Wilayah, Sharjeel Memon.

Remaja terbabit bermain bola ketika ibu bapa mereka membeli belah menjelang sambutan Aidilfitri. Kebanyakan pasar juga dibuka hingga lewat malam.

“Suasana penuh dengan asap dan ramai yang kena serpihan kaca,” kata Sheree. 

Beliau ada berhampiran konvoi Nagori ketika letupan berlaku. Beliau turut menyaksikan mayat tiga kanak-kanak, katanya.

Selain 11 remaja itu, 17 lagi maut di tempat lain di Pakistan sejak dua hari lalu.

Selasa lalu, anggota polis menemui 13 mayat dan seorang anggota separa tentera dengan kesan tembakan dalam beberapa bas di barat laut wilayah Baluchistan.

Siasat motif serangan

Motif serangan tidak diketahui kerana tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Dalam satu lagi kejadian, anggota Taliban menembak mati tiga pegawai kanan keselamatan.

Mangsa diserang hendap dekat kenderaan mereka pada awal pagi di daerah Diamer, Gilgit-Baltistan. - REUTERS sumber

No comments: