Wednesday, August 21, 2013

PAKISTAN - Musharraf Didakwa Bunuh Benazir

Rawalpindi: Mahkamah Pakistan semalam mendakwa bekas Presiden dan ketua tentera negara itu, Pervez Musharraf (gambar), atas tuduhan membunuh bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto pada 2007.

Ia memburukkan keadaan bekas tokoh yang pernah berkuasa itu dalam usaha untuk bertanding dalam pilihan raya. 
Keputusan mahkamah di Rawalpindi itu menunjukkan kali pertama Musharraf atau bekas ketua tentera di Pakistan, didakwa melakukan jenayah. 



Musharraf, yang merampas kuasa pada 1999 dan meletak jawatan hampir sedekad kemudian, kini berdepan banyak tindakan undang-undang.

Beliau didakwa membunuh, bersubahat melakukan pembunuhan dan membenarkan jenayah itu, kata pendakwa Chaudry Muhammed Azhar.

Bekas komando tentera itu hadir secara peribadi ketika sesi perbicaraan ringkas pagi semalam, dan mengaku tidak bersalah, kata seorang anggota peguam bela Musharraf, Afsha Adil.
Benazir maut pada 2007 dalam serangan senjata dan bom pada perhimpunan di Rawalpindi. 

Pendakwa berkata, Musharraf yang menjadi presiden ketika itu, gagal melindungi beliau.

Hakim menetapkan 27 Ogos depan sebagai tarikh mengemukakan bukti.
Musharraf kembali ke Pakistan, Mac lalu, selepas hampir empat tahun berada di luar negara dan berjanji mengambil bahagian dalam pilihan raya negara itu Mei lalu.

Namun beliau tidak mendapat sokongan dan sejak kepulangannya, beliau berdepan masalah perundangan berkaitan pemerintahannya. - AP sumber

No comments: