Thursday, August 8, 2013

PALESTIN - Sedinya Aidil Fitri di Gaza

Sejak ditutupnya pintu perlintasan Rafah oleh pihak tentera Mesir pada 4 Julai lalu, keadaan ekonomi dan kesihatan di Jalur Gaza makin memburuk.
Kurangnya bahan keperluan asas yang biasa dibekalkan dari Mesir menyebabkan melambungnya harga barang-barang keperluan pokok di Jalur Gaza, kekurangan bahan ubat-ubatan pun kini melanda wilayah Jalur Gaza.
Menjelang perayaan hari raya Aidul Fitri kali ini, warga Palestin di Jalur Gaza akan merayakan lebaran dengan pemboikotan dari wilayah Mesir.
Mainan dan manisan yang biasa di gemari warga Gaza setiap perayaan hari raya tidak nampak di jual di kedai-kedai.
Menurut sejumlah peniaga, sejak penggulingan Prsiden Mursi, pihak militer Mesir menutup pintu perlintasan Rafah dan menghancurkan terowongan-terowongan yang membekal barang dari Mesir yang menyebabkan kkurangan barang-barang di Jalur Gaza.
Sejak Jalur Gaza dikawal pihak Gerakan Perlawanan Islam (Hamas), pemerintah Israel membuat sekatan dan boikot ekonomi ke wilayah Jalur Gaza, warga Gaza menjadi sangat bergantung pada terowongan bawah tanah yang menghubungkan mereka dengan Mesir yang kini ditutup pihak militer Mesir yang merampas kuasa. (aljazeera/zhd) sumber

No comments: