Saturday, August 17, 2013

SAUDI Tetap Sokong Tentera MESIR

Raja Arab Saudi Abdullah bin Abdul Aziz mengatakan kerajaan mendukung pemerintahan sementara Mesir dalam perang “melawan terorisme.”
Raja Abdullah mengatakan kestabilan Mesir sedang disasarkan oleh “pembenci” ,  bahawa siapa pun yang mencampuri urusan dalam negeri Mesir adalah “Penghasut.” (*Kata-kata ini nampaknya tertuju kepada dirinya sendiri kerana dia juga orang luar iiatu pembenci dan penghasut kerana mencampuri urusan Mesir).
Raja Abdullah menambahkan bahawa Mesir mampu menyeberang dari kesulitan menuju  keselamatan.
Saleh al-Qallab, seorang analis politik sekular, mengatakan kepada Al Arabiya bahawa Arab Saudi tidak akan pernah meninggalkan militer Mesir sendirian. “Situasi di Mesir sangat kritis dan Arab Saudi telah menempatkan dirinya dalam sejarah,” katanya.
Arab Saudi memang merupakan  sekutu dekat mantan presiden Hosni Mubarak dan secara historis Saudi memiliki hubungan yang buruk dengan perkembangan dakwah Ikhwanul Muslimin .
Pernyataan Raja Abdullah ini dikeluarkan sebagai tanggapan atas sikap negara Turki yang mengancam akan memutuskan  hubungan dengan Mesir selama pemerintahan transisi Mesir lakukan tindakan kekerasan terhadap pendukung Ikhwanul Muslimin.
Turki telah memanggil duta besarnya pulang dari  Mesir, dan  mendorong  pertemuan Dewan Keamanan PBB atas situasi di negeri Mesir ini.  sumber

No comments: