Wednesday, August 21, 2013

THAILAND - 86 Pelarian Rohingya Bolos

Bangkok: Seramai 86 daripada 137 pelarian Rohingya lari dari pusat tahanan imigresen Thailand semalam selepas hampir lapan bulan berada di sana. 

Mereka meminta perlindungan dari Myanmar dan ditahan di selatan Thailand kerana masuk secara haram ke negara itu. 
Mereka memotong palang besi dan membuat tali daripada pakaian untuk lari dari pusat tahanan di Sadao, wilayah Songkhla dan kini diburu anggota keselamatan, kata pegawai polis, Kolonel Kan Thammakasem. - AP  sumber

No comments: