Sunday, August 25, 2013

Wakil Tentera Israel Berkunjung ke Kaherah

Akhbar Israel mengungkap kunjungan delegasi tentera Israel ke Kaherah pasca rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Presiden Muhammad Mursi. Pujian dari kalangan ahli politik, tentera dan media Israel terhadap tentera Mesir bertali arus, laporan Al-Jazeera pada Sabtu (24/8/2013).
Akhbar Israel Maariv mengungkapkan delegasi tentera Israel berkunjung ke Kaherah pasca penggulingan Presiden Mursi. Mereka bertemu dengan jajaran pimpinan militer Mesir untuk memastikan kelanjutan kerjasama antara kedua belah pihak.
Maariv menambahkan bahawa Mejar Jeneral Nadir al-Asar, Ketua Intellejen umum Mesir, menangani langsung kerjasama keamanan Mesir dan Israel.
Maariv menyebut kerjasama keamanan antara Mesir dan Israel “semakin dalam dan luas” dalam skala yang sebelumnya belum pernah terjadi.
Maariv mengutip pernyataan pegawai tinggi militer Israel bahawa kerjasama keamanan yang ditunjukkan oleh militer Mesir telah berperanan besar dalam menstabilkan kondisi keamanan di Israel Selatan. Pegawai tentera Israel itu mengingatkan bahawa Mesir dan Israel berusaha untuk memperkecil liputan media terhadap kerjasama keamanan kedua negara tersebut.
Lebih lanjut pegawai militer Israel menegaskan kejayaan penyerangan terhadap sel jihad di semenanjung Sinai tiga minggu sebelumnya dengan serangan drone adalah hasil koordinasi penuh dan terus-menerus antara  intelijen Israel dan militer Mesir.
Mantan wakil ketua staf militer Israel, Mayor Jeneral Moshe Kaplinsky, mengatakan tentera Mesir adalah sekutu penting bagi tentera Israel. Menurutnya kepentingan strategik Israel menuntut tentera Mesir untuk memperkuat pasukannya bagi mengembalikan kestabilan keamanan di Mesir.
sumber

No comments: