Thursday, September 26, 2013

AUSTRIA - Ramai Muslim di Vienna


VIENNA: Berbeza berbanding bandar besar lain di Eropah Timur, di sini pula boleh ditemui dengan mudah orang Islam.

Malah banyak juga terdapat kios kebab dimiliki penduduk Muslim. Perkataan halal juga ada dipamerkan bagi mengelakkan timbul rasa was-was kalangan pelanggan Muslim.

Bagi pelancong Muslim, inilah yang mereka cari-cari ketika berada di negara non Muslim. Penduduk Muslim boleh ditemui di Shopping Karutner Street.

Di situ boleh dilihat manusia pelbagai bangsa dan warna kulit. Suasana itu sukar dirasakan ketika berada di bandar raya Brastilava, Budapest dan Prague.

Penduduk Muslim berjalan bersama keluarga. Dan sebahagian besar merupakan golongan pelajar. Mereka merupakan imigran dari Turki dan negara Arab lain.

Kelainan juga ditemui apabila terdapat deretan kedai milik peniaga Cina, Jepun dan Korea. Ada kedai milik mereka yang tertera tulisan Asia Shop, Lili Markt dan banyak lagi.

Kawasan itu juga dikenali sebagai China Town. Ditemui juga café Vietnam.

Vienna merupakan ibu negara Austria. Sama juga dengan bandar-bandar lain di Eropah Timur, mengekalkan senibina lama.

Namun kelebihan ketara di setiap bangunan pastinya ada patung tanpa pakaian dipamerkan. Ia seolah-olah menggambarkan keaslian seni bagi masyarakat Vienna.

Di mana sahaja ditemui patung-patung tanpa menutup aurat. Inilah wajah sebenar Vienna yang terkenal dengan kegiatan seni tersohor di dunia.

Di sini lahirlah pengubah lagu, pengukir dan penggiat seni yang cukup terkenal.

Mereka yang didapati berjasa diabadikan pada patung mirip tokoh terbabit antaranya Zehar, seorang pengubah lagu terkenal di Austria.

Austria didominasi Roman Katolik. Berdasar bancian penduduk pada 2001 sebanyak 49.2 peratus penduduk Vienna penganut Roman Katolik.

Manakala 25.7 peratus tidak beragama, 7.8 peratus (Muslim) dan 6.0 peratus penganut mazhab Ortodoks.

Sebahagian lain ialah penganut Protestan, Yahudi, dan tiada agama.

Maka tidak hairanlah di Vienna banyak terdapat gereja Roman Katolik di tengah-tengah lautan bandar seni tersebut.

Gereja-gereja Katolik Roman termasuk Katedral St Stephen (Stephansdom), Karlskirche (Gereja St Charles) dan Votivkirche menjadi tarikan pelancong.

Bagaimanapun penganut Roman Katolik menurun mendadak dalam tempoh 50 tahun iaitu daripada 90 peratus pada 1961 kepada 39.8 peratus (2010).

Austria menggabungkan sembilan wilayah di mana Vienna merupakan bandar utama mempunyai penduduk lebi 1.8 juta. Vienna juga disenaraikan dalam kelompok tujuh bandar tujuh terbesar di Kesatuan Eropah.

Vienna juga menempatkan banyak organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan OPEC.

Bandar seni tersebut terletak di bahagian timur Austria dan berhampiran sempadan Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Pada 2001, pusat bandar Vienna diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO).

Mozart Square, The Horse Fountain dan Cathedral Square antara disenaraikan Unesco. Semuanya itu memperlihatkan unsur-unsur Kristian.

Pelancong yang datang ke sini disajikan detik-detik lama sejarah pada monumen yang membayangkan betapa besar empayar Rom. sumber

No comments: