Saturday, September 7, 2013

CHINA - 400 Juta Rakyat Tak Tahu Berbahasa Mandarin

Beijing: Lebih 400 juta rakyat China tidak boleh bertutur bahasa Mandarin yang juga bahasa kebangsaan di negara itu, manakala sebahagian besar bercakap dengan gaya bahasa yang teruk, lapor media tempatan. 

Banyak dialek 
Parti Komunis yang memerintah China berusaha mempromosikan bahasa Mandarin sejak berdekad lalu untuk menyatukan rakyat negara itu yang mempunyai beribu-ribu dialek dan bahasa minoriti, namun terhalang oleh saiz negara yang besar dan kurang pelaburan dalam bidang pendidikan. 


Jurucakap Kementerian Pelajaran China, Xu Mei yang dipetik agensi berita Xinhua, berkata hanya 70 peratus rakyat negara itu boleh berbahasa Mandarin tetapi sebilangan besar tidak fasih, manakala 30 peratus lagi atau kira-kira 400 juta penduduk langsung tidak boleh menuturkannya. 

Beliau berkata, China mungkin tidak akan berjaya menjadikan bahasa Mandarin atau sebelumnya dikenali sebagai Putonghua sebagai bahasa yang boleh dituturkan seluruh rakyat. 

Promosi bahasa 

“Tahun ini kementerian menumpukan kawasan terpencil dan pedalaman yang didiami kebanyakannya etnik minoriti,” katanya, menjelang kempen tahunan mempromosikan bahasa Mandarin yang diadakan setiap tahun sejak 1998. 
Usaha mempromosikan bahasa Mandarin menjadi isu perdebatan dan pertelagahan di China, malah mencetuskan tunjuk perasaan dan keganasan. - AGENSI sumber

No comments: