Friday, September 20, 2013

FILIPINA - 8 Anggota MNLF Terbunuh

Zamboanga: Askar Filipina membunuh lapan pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) semalam ketika meneruskan operasi memburu anggota kumpulan itu yang dipercayai masih memiliki 25 tebusan. 

Seorang askar juga maut, menjadikan angka kematian selepas 11 hari pertempuran meningkat kepada 114, kata tentera. 
Seramai 15 anggota MNLF dilaporkan media tempatan menyerah diri semalam. Korban baru itu dilaporkan ketika pemerhati hak asasi manusia melaporkan kedua-dua pihak memcabul hak asasi dengan pemberontak menggunakan penduduk Kristian sebagai perisai manusia. 



“Kedua-dua belah pihak perlu ambil langkah mengelak korban baru,” kata pengarah Human Rights Watch Asia, Brad Adams. 

Beratus-ratus anggota MNLF masuk Zamboanga pada 9 September lalu untuk mengisytiharkan kemerdekaan dan memusnahkan rundingan damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).  sumber

No comments: