Wednesday, September 25, 2013

HUNGARY - Masjid Zaman Uthmaniyyah Jadi Gereja



BUDAPEST: Dahulunya pernah dijadikan tempat ibadat bagi orang Islam, namun sekarang bertukar menjadi gereja. Ia lokasi utama pelancong ke Hungary.

Senibina cukup mengkagumkan. Puncak menara menerjah ke awam dengan lambang salib. Gereja Matthias sekarang menjadi lokasi warisan sejarah di bawah Unesco. Ia terletak di puncak Matthias.

Masjid muncul ketika tentera Turki daripada kerajaan Uthmaniah menduduki bandar utama di Hungary pada 11 September 1526. Sultan Suleiman yang mengetuai tentera membawa pulang patung-patung gangsa ke Constantinople.

Tiga tahun selepas itu tentera Uthmaniah menduduki Budapest dan pada 1541 Budapest dijajah empayar Uthmaniah.

Tentera Islam juga menduduki Byzantine, Greece dan Bulgaria. Uthmaniah meluaskan empayar sehingga ke Algeria dan Tunisia.

Bagaimanapun selepas satu setengah abad berkuasa kerajaan Uthmaniah mulai goyang. Usaha menawan Vienna pada 1683 menemui kegagalan.

Kerajaan Uthmaniah juga menghadapi Persekutuan Austria, Poland, Venice dan Paus dan Rusia.

Akhirnya pada 1699 empayar Uthmaniah menemui kekalahan sehingga terpaksa menandatangani perjanjian damai Karlovitz dan menyerah wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland.

Pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah semakin kehilangan sebahagian besar wilayah apabila Greece memperolehi kemerdekaan pada 1829.

Malangnya Turki semasa di bawah Mustafa Kamal Ataturk menghapuskan nama kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki.

Berdasar kepada perkembangan itu tidak hairanlah Hungary yang kaya dengan senibina berunsur Kristian pernah diwarnai elemen-elemen Islam.

Setidak-tidaknya kelihatan tiga kubah besar termasuk berwarna hijau kelihatan dari puncak Citadella, lokasi yang menempatkan kubu benteng pertahanan Hungary. sumber

No comments: